Terdapat 10 gambar teknologi dan inovasi khususnya dalam bidang perubatan yang telah cik misi pilih .Kini segalanya mudah, begitu canggih dan terkini....jom kita tengok..
1. ULTRASOUND TELEFON PINTAR
Sistem ultrasound merupakan system yang besar serta mahal tetapi dengan adanya transformasi yang mengubah stelefon pintar kepada alat ultrasound. Teknologi ini boleh diaplikasi dalam mengimbas imej fetal, bahagian abdominal, jantung, pelvik dan saluran darah. Alat ini bukan sahaja lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja malah boleh di miliki terutamanya bagi klinik –klinik kecil yang tidak memerlukan system ultrasound yang sebenar.
2. INNOVATIVE HIGH BLOOD PRESSURE DEVICE
Alat ini digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi yang berterusan walaupun dengan rawatan oleh dua atau lebih ubat-ubatan. Dengan aplikasi terapi pegangan isometrik untuk rawatan tekanan darah tinggi, alat ini dipercayai terbukti dikalangan 135 daripada 136 orang pesakit yang telah mencubanya. Mereka telah berjaya menurunkan tekanan darah mereka dalam masa 8 minggu. Alat ini memberikan keselesaan kepada pesakit dan ianya mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.
3.RAWATAN DIABETES MELLITUS - KANTA LEKAP NANOCOMPOSITE
Pesakit diabetes kini boleh mendapatkan kanta lekap yang dapat membantu dalam mengingatkan pesakit terhadap paras kandungan gula dalam darah berdasarkan pertukaran warna pada kanta lekap. Penciptaan kanta lekap ini bukan sahaja mudah malah dapat menggantikan rutin pengambilan darah untuk mengetahui paras kandungan gula dalam darah. Zarah nano yang digunakan akan bertindak dengan molekul glukos pada air mata yang akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia seterusnya berlakunya perubahan warna pada kanta lekap tersebut. Pesakit kini Cuma perlu melihat pada cermin untuk mengetahui paras gula dalam darah.
4. HEARTWALKER, PENGUKUR TEKANAN DARAH DAN
JAM TANGAN
Jam tangan kreatif yang berfungsi sebagai sphygmomanometer. Diberi nama Heartwalker, perangkat portabel ketika tidak digunakan sebagai pengukur tekanan darah menjadi jam tangan trend bagi pengguna.
Mudah digunakan dan dibawa, jam yang menampilkan secara visual denyut jantung dan data lain dari pengguna. Sekarang, Heartwalker dapat memonitor tekanan darah mereka di mana saja, bila-bilasaja, tanpa bantuan profesional.
5. KATIL ROBOTIK
KATIL robotic adalah katil yang boleh diubah menjadi kerusi roda.Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya.
6. OXIMETER NADI JARI (Finger Pulse Oximeter)
Ia mudah dipakai pada pergelangan tangan pesakit kerana mempunyai ciri-ciri seperti kecil, ringan dan selesa. Reka bentuknya yang padat dengan fungsi dan tidak mengganggu aktiviti seharian pesakit, memberikan kebebasan dan keselesaan kepada pesakit seperti mudah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa perlu menanggalkan alat tersebut.
7. ROBOT MENGANGKAT PESAKIT
Robot RIBA (Robot development of Interactive Body Assistance) bertujuan mengangkat pesakit. Robot ini mempunyai dwi-lengan yang kuat yang boleh melakukan pemindahan daripada siri mengangkat daripada katil atau kerusi roda dengan kedua-dua tangan, bergerak, dan kemudian meetakkan pesakit ke kawasan yang lebih rendah. Robot ini dapat mengurangkan beban kepada jururawat di dalam wad terutamanya ketika memindahkan pesakit dari katil ke kerusi atau sebaliknya.
8.ASIMO - ROBOTIC LEGS
Syarikat Honda telah mencipta Robotic Legs yang telah diubahsuai untuk menampung berat badan dan membantu pengguna untuk berjalan serta memanjat dengan langkah yang mudah. Secara tidak langsung, ciptaan ini juga dapat mengurangkan tekanan di bahagian lutut dan ia berada di suatu tempat yang sama dalam jangka masa yang panjang.
9. ALAT PENGIMBAS LUKA
Produk ini adalah sistem pengurusan maklumat luka, yang pertama seumpamanya yang menggabungkan alat pengimejan yang tepat dan konsisten dimana ia boleh mengukur saiz luka. Ia juga mengintegrasikan imej luka dengan data penting yang lain untuk menyediakan rekod yang tepat dan lengkap serta membantu dalam proses penyembuhan luka pesakit.
Alat ini boleh mengimbas dan menyimpan maklumat mengenai lebar dan kedalaman luka, yang membantu jururawat memantau penyembuhan luka dari masa ke masa. Produk ini mempunyai beberapa ciri lain seperti perisian untuk berkongsi maklumat luka dengan pasukan klinikal ( doktor dan sebagainya ) dan laporan rekod nota klinikal dan juga boleh menganalisis hasil penyembuhan luka pesakit.
10.MESIN OXYGEN MUDAH ALIH
Mesin oxygen ini merupakan antara yang teringan dan terkecil di dunia serta boleh dibawa kemana-mana sahaja. Mesin oxygen ini hanya menggunakan bateri untuk berfungsi dan boleh juga dicas seperti telefon mudah alih. Alat ini memudahkan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah pernafasan terutamanya ketika mereka melancong atau pergi ke tempat yang tidak mempunyai bekalan oxygen. Beg oxygen ini boleh disandang di atas bahu dan memudahkan para penggunanya untuk bergerak kemana-mana sahaja.